Sejarah Sekolah:

Posted by skibesjaya On Sunday, August 1, 2010 2 comments


Dibina pada 01.04.1947 dengan kerjasama penduduk Kampong Ijok. Pada tahun tersebut hanya terdapat 3 bilik darjah sahaja dengan bilangan murid seramai 85 orang.

Pada tahun 1958, bangunan asal telah dirobohkan bagi membina bangunan baru yang mengandungi 5 buah bilik darjah.
Pada tahun 1967 , 3 buah bilik darjah telah ditambah dan menjadikan bilangannya sebanyak 8 buah bilik darjah.
Pada tahun 1980, satu bangunan 2 tingkat telah dibina dengan menempatkan 3 buah bilik darjah, pejabat sekolah, pejabat guru besar,penolong kanan dan bilik guru. Seterusnya pada tahun 1998, sebuah bangunan 3 tingkat telah dibina di mana ia menempatkan sebuah bilik pusat sumber, bilik muzik, stor, bilik BOSS, bilik guru dan 6 buah bilik darjah.
Sehingga kini bilangan bilik darjah yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran adalah sebanyak 16 buah termasuk 2 buah bilik darjah prasekolah.

2 comments:

zainuri said...

Bangunan asal BUKAN dirobohkan.ROBOH di pukul ribut.Masa itu Saya darjah 3.Kami terpaksa belajar dibawah pokok dan kemudian menompang di sekolah Agama di masjid Batu 8

Unknown said...

Betul tu